PENGENALAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w pembawa risalah wahyu dari Allah bagi menerangi penduduk langit dan bumi sehingga tersebarnya hidayah ke seluruh pelusuk alam.
Pihak kami menyedari betapa pentingnya kerja-kerja dakwah Islamiyah dan Islahiyah seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W dengan menubuhkan Pondok Darul Arqam sehingga lahirnya “Ar Rijal Attauhid” dan menjadi pendukung kerja-kerja dakwah Nabi S.A.W.. Justeru, pihak kami rasa terpanggil untuk mendirikan sebuah madrasah tahfiz al-Quran di Semenanjung sebagai lanjutan kepada penubuhan pertama di Kota Belud, Sabah dengan nama Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith atau ringkasnya (ATAQWA) sebagai sebuah markas dakwah, pendidikan, pentarbiahan dan sebuah pusat gedung ilmu bagi melahirkan para ilmuan Islam pada masa akan datang di kawasan ini.

Bertepatan dengan Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُوْنَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْ لَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِى الدِّيْنِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Ertinya: “Dan tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukmin itu semuanya pergi ke medan perang, mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami ilmu pengetahuan agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”.
(Surah At-Taubah : Ayat 122)
Sabda Rasulullah s.a.w:
بلغ عني ولو أية
Maksudnya: “Sampaikanlah oleh kamu dariku walau sepotong ayat”.

Berdasarkan kepada dalil di atas, dapatlah kita fahami bahawa betapa pentingnya ilmu dan penyebaran kepada masyarakat Islam. Kerana sesungguhnya dengan ilmu sahajalah seseorang Muslim itu dapat mengenal Penciptanya. Dengan ilmu jugalah seseorang itu boleh memahami ajaran Islam yang sebenar dan berubah dari segi ketamadunan pemikiran manusia, malah dapat menjadikan Islam sebagai “The Way of Life” (Islam sebagai cara hidup) untuk dirinya sendiri serta berusaha pula menyebarkannya kepada manusia lain yang belum mendapat nikmat iman dan Islam. Buktinya ramai dikalangan sahabat Nabi S.A.W yang menjadi ilmuan Islam serta menjadi pendokong kepada perjuangan dakwah Rasulullah S.A.W khususnya di kalangan 4 orang khulafa Al Rasyidin.

VISI
“Bersama Melahirkan Golongan Salafus Soleh Di Bawah Lembayung Al-Quran”

MISI
“Ke Arah Melahirkan Golongan Para Alim Ulama’dan Da’i Professional Yang Berpegang Kepada Al-Quran Dan As-Sunnah”

OBJEKTIF DAN MATLAMAT
Penubuhan Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (ATAQWA) ini adalah bertepatan dengan kehendak masyarakat Islam masa kini yang memerlukan satu generasi Al-Quran wassunnah yang benar-benar faham tentang dua pusaka warisan agung yang Rasulullah s.a..w tinggalkan untuk ummahnya agar beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Rasulullah s.a..w pernah bersabda ertinya: “Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitabullah (Al-Quran ) dan sunnahku (hadis-hadis baginda). (Riwayat Muslim)Di dalam dunia tanpa sempadan atau era globalisasi ini, umat Islam terdedah kepada nilai-nilai kemerosotan iman dan krisis moral yang begitu dahsyat. Oleh sebab itu, generasi akan datang perlu dibentuk dengan satu manhaj Al-Quran wassunnah agar akidah mereka tidak mudah goyang walau sehebat mana cabaran, dugaan serta unsur-unsur yang dibawa oleh musuh -musuh Islam untuk merosakkan aqidah generasi ini. Seluruh masyarakat Islam perlu memahami bahawa kemajuan jasmani perlu diseimbangkan dengan kemajuan rohani agar manusia mengenal Allah s.w.t dan rasul pilihanNya. Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith (ATAQWA) menyeru kepada semua masyarakat agar sama-sama berkongsi ilmu, yang berilmu perlu mengajar kepada orang lain dan yang tidak berilmu perlu manambahkan ilmu mereka, dengan cara ini kita akan kenal siapa sebenarnya pencipta kita dan kita akan memperoleh kebahagian di dunia dan di akhirat.

Objektif dan halatuju Akademi Tahfiz al-Quran Wal Hadith (ATAQWA) adalah:
v Membuka peluang pendidikan berasaskan al-Quran dan fardhu ain kepada masyarakat setempat.
v Memupuk minat anak-anak untuk mempelajari ilmu al-Quran disamping melatih da’i-da’i muda professional berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.
v Memartabatkan kerja-kerja dakwah sepertimana yang telah disunnahkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
v Menyediakan kemudahan penginapan kepada anak-anak saudara baru dari kaum Cina, India, Kadazandusun, Iban, Melanau, Murut dan Orang Asli serta fakir miskin dari Sabah, Sarawak yang belajar di Semenanjung. (Jangka panjang)

Matlamat Akademi Tahfiz al-Quran Wal Hadith (ATAQWA) adalah untuk:
v Melahirkan lebih ramai cendiakawan Islam yang hafiz al-Quran dalam pelbagai bidang.
v Menyediakan ilmu Islam berasaskan al-Quran
CARTA ORGANISASI ATAQWA






Pembangunan insan melalui penekanan terhadap ilmu al-Quran adalah sangat penting bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan dan kegemilangan Islam di zaman Rasulullah S.A.W, khulafa’ ar-Rasyidin dan salafussoleh yang terkemudian dapat dikekalkan oleh generasi akan datang yang pasti akan menghadapi lebih banyak cubaan dan hasutan dunia. Ilmu al-Quran akan menjadi pembentuk kepada akhlak dan sahsiah yang terpuji yang menjadi pendinding daripada godaan syaitan dan hawa nafsu. Justeru, penubuhan ATAQWA ini sekali gus menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan sedia ada di Malaysia ini.

Pihak Kolej Islam Akademi Tahfiz Al Quran Wal Hadith menaruh harapan yang tinggi semoga projek pembangunan madrasah yang dirancangkan ini berjaya dibangunkan dan mencapai matlamat serta objektifnya dalam usaha memartabatkan kerja-kerja dakwah sepertimana yang telah disunnahkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammmad S.A.W dengan memberi khidmat secara sukarela dalam menjaga kebajikan masyarakat yang beragama Islam. Oleh yang demikian, pihak Kolej Islam Akademi Tahfiz Al Quran Wal Hadith amat berharap agar mendapat sokongan, bantuan serta bantuan kewangan daripada Y.bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan juga kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan program ini. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.

PROGRAM DAKWAH 2015